Georgetown: Dua lelaki yang ditahan kerana mengeluarkan kata-kata sesat dan menghalang tugas pegawai Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Georgetown.
Kedua-dua tertuduh, Bok Kwan Shen, 25, dan Leong Wai Loon, 19, mengaku bersalah atas tuduhan menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas di hadapan Majistret Shaifah Izura Syed Manshor.
Leong dituduh secara berasingan kerana mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota MBPP.
Majistret menetapkan 26 November ini untuk menunggu laporan sosial, fakta dan hukuman kepada tertuduh.
Kedua-dua tertuduh dibenarkan diikat jamin dengan RM2,500 setiap seorang dengan seorang penjamin.
Video kejadian kedua-dua tertuduh memaki wang kepada pegawai MBPP sebelum ini menjadi viral di media sosial.
