KUANTAN - Cubaan seorang lelaki mencuri beg dalam sebuah lori yang disangka menyimpan barang berharga gagal apabila dia kecundang di tangan pemilik kenderaan itu dalam satu kejadian di hadapan sebuah premis di Jalan Beserah di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.50 petang itu, suspek berusia 22 tahun yang juga seorang penagih dadah berjaya diberkas sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, mangsa dipercayai meninggalkan lorinya di hadapan premis dan didalamnya ada sebuah beg galas yang mengandungi pelbagai dokumen.
Menurutnya, suspek kemudiannya memasuki lori sebelum melarikan beg tersebut.
“Bagaimanapun perbuatan suspek disedari mangsa lalu dia bertindak mengajar lelaki itu sebelum berjaya diberkas selepas berlaku pergelutan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Abdul Aziz berkata, suspek dibawa ke balai untuk siasatan lanjut dan hasil semakan mendapati lelaki itu memiliki rekod jenayah lampau.
”Hasil uj
