GATWICK - BRITAIN . Seorang pembantu juruterbang terpaksa mengambil alih dan membuat pendaratan kecemasan selepas juruterbang pengsan, kelmarin.
Menurut BBC, penerbangan Easyjet dari Britain ke Greece terpaksa diubah arah dan mendarat di Venice.
Juruterbang tersebut dilaporkan tidak sihat dan dibawa ke hospital.
Jurucakap Easyjet memberitahu, pesawat berjaya mendarat dengan selamat tanpa sebarang masalah.
"Pembantu juruterbang menggunakan prosedur berkaitan ketika mendaratkan pesawat.
"Penumpang dan kru pesawat disambut petugas kecemasan sebaik sahaja pesawat mendarat dengan selamat," kata jurucakap Easyjet.
